MENGENAL 4 ANASIR/UNSUR (API, ANGIN, AIR, TANAH) YG ADA PADA DIRI MANUSIA
DALIL TENTANG TAWASUL
Kajian Islam MP3 | Download Ceramah Agama Islam | Kajian ASWAJA
Tarekat-Jalan Bathin
Kamis, 19 Maret 2015
Selasa, 03 Maret 2015
KUNCI MEMAHAMI ILMU TASAWUF
KUNCI MEMAHAMI ILMU TASAWUF
Judul:
Kunci Memahami Ilmu Tasawuf
Penulis:
Dr. Mustafa Zahri
Penerbit:
Bina Ilmu
Cetakan:
Kedua, 1995
Ukuran:
13.8 x 20.2 cm
Halaman:
288 hlm
ISBN:
0004002183
Jenis
Cover: Soft Cover
Harga:
Rp. 27.000,- (hvs)
Rp. 21.000,- (cd)
DAFTAR ISI
Bab
1: Pendahuluan
Kerohanian
sebagai pusaka ke-Agamaan Islam
Pembangunan
erat hubungannya dengan “Hidup Kerohanian”
Pertumbuhan
Ilmu Kerohanian/Tasawwuf
Bab
2: Kerohanian
1. Contoh Kehidupan Nabi Muhammad saw.
2. Kunci Mengenal Tuhan
3. Sendi Kekuatan Bathin
4. Kerohanian dapat menenteramkan Hati
5. Tasawwuf
6. Tarekat
Bab
3: Membuka Tabir (Hijab) yang Membatasi Diri dengan Tuhan
A. Membina Pribadi
B. Latihan-latihan bathin dan Tingkat-tingkat
yang harus ditempuh
I. Takhalli (membersihkan diri sifat-sifat
yang tercela)
II. Tahalli (mengisi diri dengan sifat-sifat
terpuji)
Bab
4: Zikirullah
Bab
5: Istighfaar – Bertaubat
Bab
6: Do’a
Bab
7: Waliullah – Keramat
Bab
8: Mengenal Diri Sendiri Sebagai Kunci Untuk Mengenal Tuhan
Bab
9: Laa Ilaaha Illallaah Pokok Kebenaran
1. Konsepsi Ketuhanan yang paling suci
2. Pokok Kebenaran
3. Manusia Mempunyai Naluri Ber-Tuhan
Bab
10: Hakekat Pengertian Tasawwuf
Bab
11: Catatan Sejarah Perkembangan Tasawwuf
Bab
12: Tasawwuf Adalah Serangkaian Ilmu Syariat
Bab
13: Makrifah Sebagai Tujuan Tasawwuf
Bab
14: Makrifah Atas Ilmal Yaqin, Ainul Yaqin dan Hakkul Yaqin
Bab
15: Makrifah dan Masaalah Melihat Tuhan
Bab
16: Nur Makrifatullah
Bab
17: Nur Al-Ilahy
Bab
18: Zhulmah/Gelap dan Fikrah/Tafakkur Sebagai Anasir Hijab dan Kasyaf
Bab
19: Muraqabah
Bab
20: Musyahadah
Bab
21: Makrifah Sebagai Maqam Tertinggi
Bab
22: Al-Fana
Bab
23: Tajalli
Bab
24: Suluk
Selasa, 02 Desember 2014
ILMU MENGENAL "DIRI"
PENGENALAN
Kebanyakkanmanusia pada hari ini menganggap bahawa"Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan, bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahawa jasad kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah kah mereka terfikir bahawa jasad mereka itu sebenar nya ialah benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan sendiri nyatanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya. Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak, jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan jasad tadi meninggalakan jasad.
Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dansebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI"dan menghidupkan jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu ataucubamencari dan mengenal nya.
Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu, dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad???dan yang penting sekali bolehkah kitamengenal "DIRI" sebenar "DIRI" kita itu.
BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI" NESCAYA KENAL LAH IA AKAN TUHAN NYA
Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan mengenal Tuhan ??
Kita semua tahu bahawa ujud nya roh!Tak ada sesiapa yang dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan bertanya kepada sekelian Roh" siapa kah Tuhan kamu " dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang esa.:
Kisah Roh memasukki jasad Adam
Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah memerintahkan Roh memasukki ke jasad Adam, tetapi sebelum itu Rohtelah bertanya " dimanakah harus aku masukki, ya ALLAH "dan ALLAH pun menjawab " masuk lah mana mana yang kamu senangi "Maka masuk lah Roh melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui hidung.
Ini menunjukkan bahawa sesudah Roh memasukki badan, maka barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di sini bahawa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad, dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai ajal nya.
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana?Yang dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh ""Roh"" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasukki jasad semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. "Aku tiupkan sebagian dari roh ku" kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.
2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan) dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak langsung terfikir bahawa roh lah yanghidupsebenar benar hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di tanam atau di bakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad kerana tanpa roh maka jasad tidak bermaana langsung.
Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak dipedulikan semasa hidup nya
Perlukah roh di kenali?
Sebelum mengenal Rohharuslah kita mengenal "DIRI"
"BARANG SIAPA MENGENAL"DIRI"MAKA KENALLAH DIA AKAN TUHANNYA"
APAKAH"DIRI" ITU"
Untuk pengetahuan semua bahawa "DIRI" itu mendatang kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini berlaku?
Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yangberupasaperti jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..
Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI"ini lah yang harus di kenal.
(kenal lah diri maka kenal tuhan)
BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"
Adaberbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal "DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru mengajar kepada murid murid nya.Semua perguruan ini betuldan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI".
Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:
1.Terbuka dengan sendiri nya
2.Ushakan sendiri untuk membukanya
3.Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)
Apakah yang di maksudkan “dibuka”
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang mempelajari ilmu ini.
Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini, "DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita, kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di dunia dan akhirat, Insyaallah.
Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan MAHA besar.
Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita harus belajar dari "DIRI" ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia ini mendatang kemudian
Kesimpulan nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi, kerana dia kekal kerana di kekalkan.
Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir datang menjemput baru kita sedar yang dia akan meninggalkan kita?????
Tingkatan Nafsu
Tingkatan Nafsu pada diri manusia terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagimana yang termaktub didalam Al-Quran :
Nafsu AMARAH
Nafsu LAWAMAH
Nafsu MULHAIMAH
Nafsu MUTHMAINAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH
“Sesungguh nya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )
1. NAFSU AMARAH
Nafsu Amarah adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah. Manusia-manusia yang memiliki nafsu Amarah biasanya memiliki sifat-sifat Mazmumah iaitu sifat yang keji. Iaitu sifat-sifat seperti dengki, khianat, iri hati, pemarah. Biasanya mereka yang dikuasai nafsu Amarah bertindak mengikut fikiran tanpa menggunakan akal. Kadang kadang mereka merasa diri merekalah berkuasa dan semuanya adalah hak mereka. Seperti Firman Allah :
“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”
(Surah Yusof – ayat 53)
dan FirmanNya lagi :
“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.”
(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)
Dan sesungguhnya orang-orang yang dibelenggu oleh nafsu Amarah biasanya tidak tahan di uji dan jika di uji dengan satu bentuk ujian atau satu cobaan mereka bertindak mengikut fikiran dibawah hasutan syaitan.
Pada peringkat nafsu ini, manusia tetap dikuasai oleh iblis, jiwa mereka senantiasa tegang, fikiran sentiasa kusut, pegangan hanyut dan hati jarang-jarang sekali mengingati Allah SWT.
Mereka di peringkat nafsu ini akan mengingati Tuhan ketika susah dan melupaiNya ketika senang seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi bila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.”
(Surah Fusilat – ayat 51)
Mereka juga bertindak di dalam sesuatu hal, langsung tidak berpandu kepada syariat Allah swt. tetapi mereka lebih berpandukan fikiran, angan-angan dan tidak pula pernah terbit dihati mereka satu perasaan salah terhadap sesuatu kesalahan yang mereka sendiri lakukan.
Sesungguhnya nafsu Amarah ini adalah nafsu binatang. Malahan ianya lebih hina daripada binatang bagi mereka yang menguasai nafsu Amarah.
Mereka mempunyai hati yang tidk memerhati, mempunyai mata yang tidak melihat, mempunyai pendengaran yang tidak mendengar, malahan boleh disifatkan mereka ini sebagai seekor binatang yang berupa manusia.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Akan di campakkan ke dalam neraka Jahanam daripada golongan-golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, yang mempunyai mata tidak melihat, yang mempunyai pendengaran tidak mendengar, mereka itu adalah seperti binatang, malahan lebih hina daripadanya dan mereka lah termasuk daripada orang-orang yang lalai”
(Surah Al-A’araf – ayat 179)
Perlu juga diingatkan bahawa bagi orang-orang yang dikuasai oleh nafsu Amarah biasanya suka bersifat mencari muka, dengan sesuatu yang diperolehinya dan suka memperolok kelemahan orang lain walaupun rekan karibnya sendiri. Mereka mencela orang lain dan membayangkan dialah orang yang paling baik dan sempurna. Mereka mencari keburukkan orang lain dengan harapan keburukkan orang itu dapat memberi keuntungan kepada diri mereka.
Justru dari itu adalah kewajiban diri manusia tersebut haruslah menyucikan sifat-sifat nafsu Amarah tadi supaya terbitnya sifat-sifat murni dan hilangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia itu seperti firman Allah :-
“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya”
(Surah Asy Syam – ayat 7-10)
Oleh yang demikian maka seseorang itu hendaklah berguru dan berzikir menyucikan diri nya mengikut petunjuk yang diberikan oleh guru mereka di dalam usahanya membersihkan dirinya.
Maka beramal lah mereka dengan petunjuk yang diberi oleh gurunya sehingga akan meningkat ke satu tingkatan nafsu yang seterusnya yang bernama nafsu Lawamah.
Zikir orang-orang Amarah biasanya di lidah tanpa menyerap di dalam hatinya.
Penyakit Nafsu Amarah ini jika dibiarkan akan menular pada jiwa manusia. Sesungguhnya bagi mereka yang dikuasai nafsu Amarah mereka termasuk di dalam golongan manusia yang rugi di sisi Allah SWT.
2. NAFSU LAWAMAH
Pada peringkat nafsu Lawamah manusia pun dapat menguasai satu perasaan semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan kezaliman dan apa saja yang dilarang oleh syariat.
Perasaan ini timbul pada sudut-sudut hatinya pada setiap ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan, maka bisikan di dalam hati mereka inilah dinamakan Lawamah.
Sesungguhnya Lawamah ini boleh diibaratkan seperti lampu isyarat (Alarm) di dalam sebuah kereta di mana lampu ini akan menyala berwarna merah/kuning bila kereta tersebut kehabisan minyak dan mengisyaratkan tuannya supaya mengisi minyak baru sebelum bahaya datang dari hadapan. Bagi mereka yang mempunyai Lawamah (isyarat larangan) dan mereka pula mematuhinya dengan penuh rasa tanggung jawab, maka mereka akan selamat dari bahaya yang datang dari gejala-gejala nafsu Amarah yang masih mengotori di dalam jiwanya.
Sebaliknya jika seseorang itu yang telah meningkat ke martabat nafsu Lawamah tetapi tidak mematuhi isyarat larangan Lawamah, maka lama-kelamaan isyarat tersebut akan padam dan akan kembalilah mereka kepada nafsu Amarahnya.
Mereka pada martabat ini masih dikekang dengan sifat-sifat Mazmumah tetapi ia mulai menurun ke satu tahap. Sifat-sifat seperti, marah, mudah tersinggung, hasad dengki dan lain-lain sifat keji mulai berkurang karena hasil kepatuhannya terhadap isyarat Lawamah yang terbit dari sudut hatinya. Kekusutan fikirannya pun menurun dan mereka mulai merasa segan untuk melakukan sesuatu dari sifat Mazmumah malahan mereka sering menyesali di atas sikap-sikap zalim yang pernah dilakukan oleh mereka dahulu.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri”
(Surah Al-Qiyaamah – Ayat 2)
Maka dengan ketekunan mematuhi isyarat serta kuat pula berzikir maka tingkatan nafsu mereka akan meningkat ke martabat nafsu ketiga yang dinamakan Nafsu Mulhamah.
Pada peringkat nafsu Lawamah seseorang itu telah dapat menerima ilmu Ghaib melalui Laduni pada peringkat NUR atau mimpi di dalam tidurnya dan kadang-kadang pula dapat menerima ilmu Laduni di peringkat tajalli. Oleh demikian maka seseorang itu haruslah pula berusaha dengan tekun dan sabar mengikuti petuah dari gurunya, semoga peningkatan martabat nafsunya akan tecapai.
3. NAFSU MULHAMAH.
Setelah seseorang itu berjaya mengikuti petuah dari gurunya dan menerima teguran isyarat Lawamah dengan patuhnya, maka seseorang itu akan tercapai tahap nafsu yang lebih tinggi dan mulia tingkatan dari nafsu Amarah dan nafsu Lawamah.
Adapun yang dimaksud dengan nafsu tersebut adalah nafsu Mulhmah. Pada peringkat nafsu ini seseorang itu telah dapat menyingkirkan sebahagian besar dari sifat-sifat yang keji. Jiwa mereka pada masa ini telah mulai berkembang denganan sifat tenang, lapang dada dan mereka telah dapat pengajaran ilmu ghaib melalui jalan Laduni, diperingkat Nur dan Tajalli pada Tuhannya. Tetapi manusia diperingkat ini masih, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu masih lagi melanda jiwa mereka.
Zikir mereka di peringkat ini telah pun mulai melekat di hati dan bukan lagi melewa-lewa di lidah sahaja. Walaubagaimanapun tidak lah bermakna yang zikirnya di peringkat ini 100% telah tetap di hati mereka. Di samping itu pada tahap Mulhamah ini, isyarat larangan Lawamah tetap berkembang malah lebih membesar dan sesungguhnya pada peringkat zuk ini mereka telah dapat menerima perasan zuk (mulhamah) dengan zikirnya dan dapat lah sedikit sebanyak menerima nikmat zikir yang diamalkan. Sesungguhnya tugas tersebut haruslah dilakukan bersungguh-sungguh dan lebih bekerja keras untuk meningkat martabat nafsu Mutmainah yang diakui syurga oleh Allah Taala.
Di dalam masa mereka menerima zuk di dalam zikirnya serta dapat pula mereka merasai nikmat zikirnya, maka seseorang itu diperingkat Mulhamah akan menerima satu lagi penyampaian ilmu ghaib melalui Laduni di peringkat Sir iaitu di mana seseorang itu akan dapat mendengar satu suara ghaib yang mengajar dirinya tentang ilmu ghaib melalui telinga batin.
Biasanya suara Ghaib itu adalah suara guru ghaib yang terdiri daripada wali-wali Allah yang yang mengajar seseorang itu dengan terang dan jelas.
4. NAFSU MUTMAINAH
Setelah mencapai suatu martabat Mulhamah dan berjaya pula mengikut petuah gurunya serta dapat pula menerima zuk dan sir di samping hilang pula segala sifat mazmumah pada dirinya. Maka seseorang itu akan mendapat ketenangan, kelapangan jiwanya, hilang sifat-sifat resah gelisah hatinya.
Hatinya ketika itu mulai melekat rasa lamunan asih terhadap Allah swt dan mereka ini adalah dijamin 100% oleh Allah syurga, maka itu lah mereka yang telah berjaya mencapai ke tingkat nafsu Mutmainah.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :-
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Alah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.”
(Surah Yunus – ayat 62 – 64)
Dan firman Allah Taala lagi :-
“Wahai orang yang bernafsu Mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dengan perasaan lapang dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah dirimu di dalam syurga.”
(Surah Al-Fajr – ayat 27-30)
Zikir mereka pada martabat ini telah melekat dihati dan terus bersama ingatan dengan Allah pada setiap masa dan ketika. Dan pada peringkat ini mereka telah mendapat kalbun iaitu satu cahaya yang bergerak diantara atas dan bawah pada bahagian jantung yang bertindak sebagai dinamo untuk mengalirkan ingatan kasih mesra, cinta rasa dengan Allah swt.
Pada peringkat ini seseorang manusia itu boleh disifatkan telah mencapai martabat wali iaitu dinamakan oleh para ahli Tasauf sebagai Wali Kecil. Disamping telahpun mulai menerima Ilmu Ghaib (Laduni) melalui cara sirusir dan telah berjaya mendapat mata basir.
Pada peringkat nafsu Mutmainah ini juga, mereka telah dapat membedakan dengan pendengaran dan penglihatan mereka melalui telnga batin dan mata basir mereka ke alam barzah (alam kubur). Merea telah boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri, bagaimana nasib suka duka seseorang itu yang telah meninggal dunia dan berada di alam barzah serta diberi peluang juga melawat ke alam lain (alam ghaib).
Pada peringkat ini, timbul lah sifat-sifat super yang tidak boleh dimiliki oleh orang-orang awam seperti keramat, mulut masin, berkata dan sebagainya. Bagi mereka diperingkat ini sering dilamun perasaan pana akibat kuatnya gelora lamunan cinta terhadap Allah swt.
5. NAFSU RADIAH
Setelah mencapai tingkat nafsu Mutmainah dan gigihnya pula melatih dirinya untuk makrifat dengan Allah swt., maka seseorang itu akan ditingkatkan lagi iaitu martabat nafsu Radiah.
Zikir mereka pada martabat ini tetap berada dihatinya dan ucapan zikirnya pula dihatinya semata-mata. Mereka tidak pernah mereka, lalai dari ingatannya kepada Allah swt.
Mereka sering mengalami pana’ akibat kuatnya gelora lamunan cinta dirinya dengan Allah swt. Mulut mereka sering terlatah tentang sesuatu yang bertentangan pada pandangan zahir syaria, hidupnya terus terampungan bersama Allah swt.
Pada tingkatan ini jiwa mereka telah suci, hatinya bersih bening, tingkah laku nya, semuanya mulai mendapat keredaan Allah swt. Adapun pana’ mereka diperinkat nafsu Radiah ini adalah dinamakan pana’ kalbi iaitu hatinya, nuraninya terus dilambung perasaan cinta terhadap Allah swt pada setiap saat di dalam masa hayatnya.
Mereka diperingkat ini sering di jemput oleh para Wali-Wali Allah untuk menjelajahi ke alam-alam ghaib yang lebih jauh keluar daripada pemikiran manusia di samping mereka terus di ajar tentang ilmu ghaib yang lebih tinggi dan teknologi ilmu Allah yang tinggi yang sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh teknologi manusia.
Disamping itu mereka boleh membuat hubungan terus dengan para rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Alah yang dan mereka dapat berbincang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu ghaib dan tentang petua-petua makrifat dengan Allah swt.
hubungan mereka dibuat melalui Nur, Sir dan Sirusir di dalam masa mereka membuat sesuatu perhubungan dengan para rasul-rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Allah ini mereka akan dapat menikmati satu kelazatan yang payah sekali untuk diterangkan disini dan ianya hanya boleh dirasai sendiri oleh mereka yang telah sampai ke tingkatannya.
6. NAFSU MARDIAH.
Bagi mereka yang mencapai martabat nafsu Mardiah, jiwa mereka bakabillah iaitu hatinya, kalbunya dan jasadnya sekali mempunyai perasaan cinta yang amat sangat terhadap Allah swt. Jiwanya tenang, lapang tidak gelisah malahan seluruh jiwa raganya tertumpu kepada Allah semata-mata. Zikir mereka diperingkat ini tetap di dalam kalbun dan tidak pernah pun lalai dan lupa kepada Allah, walaupun sesaat di dalam hidupnya.
Pada peringkat ini mereka telah pun dapat menerima tamu yang terdiri daripada rasul, nabi-nabi, para ariffinbillah, para sidiqqin dan para wali-wali Allah di samping mereka juga dapat menerima ilmu ghaib dan teknologi Allah melalui Laduni di peringkat TAWASSUL.
Disamping itu mereka juga telah berpeluang menjelajahi seluruh alam maya dan alam ghaib yang termasuk syurga, neraka, Arasy dan Kursi Alah swt. Sebagaimana jaminan Allah di dalam firmannya di dalam Al-Quran :-
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar (ke alam lain)”
(Surah Al-Talak – ayat 2)
Di dalam hal pemecahan wajah dirinya, sesorang diperingkat ini telah mendapat wajah di antara 7 wajah ke 8 wajah bergantung kepada badan masing-masing.
7. NAFSU KAMALIAH.
Adapun yang dimaksudkan dengan Kamaliah ini adalah keadaan telah insan kamil kelakuan diri zahir dengan kelakuan diri batin pada kontek dirinya dengan Allah swt. di dalam hidupnya.
Pada tingkatan ini, apa saja kelakuan diantara diri batin dan jasad adalah sama dan tidak bercerai tanggal diantara satu dengan yang lain. Dimana setiap perlakuan yang dilahirkan oleh mereka di tingkat ini direstui dan diredhai oleh Allah Taala secara spontan. Keadaan ini dinamakan Kata Jadi ( Kun Fayakun ). Pendek kata, barang kata barang jadi, mereka ini dikatakan sakit, amat sakit, kalau keramat amat keramat, kalau alim teramat alim dan mereka mempunyai segala kelebihan yang tidak dapat oleh manusia awam.
Sesiapa saja yang tercapainya ke martabat nafsu ini (Kamaliah) mereka boleh berpeluang pula menerima ilmu syahadah iaitu Ilmu Allah yang paling tertinggi yang dapat melalui guru yang dinamakan guru batin.
Bagi mereka yang telah mencapai tingkatan nafsu Kamaliah, mereka hendaklah pula berusaha mengembalikan dirinya ke martabat nafsu orang mukmin iaitu nafsu Mutmainah. Mereka tidak harus tinggal lama di martabat nafsu Kamaliah. Mereka harus menjadikan diri mereka kembali kepada orang awam, bergaul berniaga, berpolitik dan menjadi khalifah di alam maya tetapi jiwa raganya tetap bersama Allah buat selama-lamanya sehingga derajat dirinya tidak diketahui oleh orang ramai dan ini boleh disebut sebagi orang alim tidak alim, orang jahil tidak jahil. Pendek kata sifa manusia yang sempurna dan sederhana dimiliki oleh mereka di tingkatan ini dan mereka mulia di dunia dan akhirat.
Oleh itu wahai teman-teman dan para saudaraku, tuntutlah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang penulis coretkan ini, semoga kita bersama sama selamat di dunia dan akhirat.
Senin, 23 Mei 2011
"Awalludin Ma'rifatullah"
Sebaik baik dalam menjalankan Ibadah kepada Allah adalah dengan terlebih dahulu mengenal Allah.Bersyukurlah kita yang dilahirkan dalam keadaan Islam sehingga memudahkan kita dalam menjalankan makna kata Ke Esaan Allah SWT,dengan didikan dari Orang Tua yang kita cintai dan dari pembelajaran tentang Agama Islam,kita telah mendapat pengetahuan tentang pelaksanaan ibadah kepada Allah SWT...dan berbahagialah kita sebagai pemeluk Agama yang sempurna yang telah mendapatkan pengetahuan dan pelaksanaan Ibadah kepada Allah yang telah disampaikan langsung oleh Allah kepada Rasulullah Muhammad SAW sehingga kita tinggal meneruskannya. Di dalam Kitab Suci Umat Islam Al'quran telah begitu lugas dan gamblang, Allah telah menjelaskan tentang segala hal baik tentang kehidupan bermasyarakat (Hablumminannash) maupun berhubungan dengan Allah(Hablumminallah).
Tetapi sebagai manusia yang memiliki karunia yang sangat besar yang membedakan kita dengan makhluk apapun di dunia ini yaitu Akal Fikiran dan Hati Nurani. maka sudah selayaknyalah kita belajar dan mengkaji makna yang terkandung dalam Al'quran maupun Hadist Rasulullah SAW sehingga kita bisa menjalankan Ibadah yang sebenar benar di terima Allah SWT.
Seperti tema yang kita bahas yaitu "AWALLUDIN MA'RIFATULLAH" yang berarti Awal Agama Mengenal Allah maka sebagai manusia yang berakal sudah sepatutnya kita mencoba untuk lebih dalam Mengenal Allah.
Mengutip perkataan Imam Al-Ghazali yang mengatakan: “Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku dan sia- sia.”
Banyak kalangan masyarakat yang saya jumpai, yang sepertinya enggan untuk lebih dalam mengenal Allah dengan berbagai alasan, salah satunya dengan mengatakan bahwa semua sudah diatur dalam Al-quran dan Hadist dan sudah dijalankan oleh Rasulullah, Sahabat dan para Ulama, kita tinggal menjalankannya tanpa perlu tahu lebih dalam lagi mengenai Allah..saya mengatakan bahwa mereka tidaklah salah sebab bagi umat Islam yang hanya mengikuti Aturan Islam saja InsyaAllah sudah dijamin Akhiratnya. Yang jadi permasalahan jika kita hanya mengikuti aturan yang sudah ada dengan apa adanya ,APAKAH BISA MENJAMIN hingga akhir hayat nanti tetap ber Iman kepada Allah dalam makna yang sebenarnya?? sebab dunia sekarang ini terlalu banyak halangan dan rintangan bagi kita yang dengan sangat mudah menggeser Akidah kita terhadap Allah dan Rasul Nya. Saya hanya menyarankan kepada kita semua agar lebih meluangkan waktu sedikit dan menggunakan hati dan akal sedikit saja untuk mencoba mengenal Allah sebagai dasar ke TAUHID an kita kepada Allah.
Kemudian timbul pertanyaan bagaimana MENGENAL ALLAH (Ma'rifatullah) tersebut....saya bukanlah ahli Fiqih maupun ahli dalam Ilmu Ma'rifat tetapi sedikit akan saya bagi pemahaman yang saya dapat dalam Mengenal Allah.Mengenal Allah tidak akan pernah lepas dari konteks awal yaitu MENGENAL DIRI, seperti Hadist Qudsi dan Hadist Rasullah di bawah ini:
1.MAN AROFA NAFSAHU FAQOD AROFA ROBBAHU : Barang siapa mengenal nafs (diri) nya, maka dia mengenal Tuhan nya.
2.WA MAN AROFA ROBBAHU FAQOD JAHILAN NAFSAHU : Barang siapa mengenal Tuhannya maka dia merasa bodoh.
3.MAN TOLABAL MAOLANA BIGOERI NAFSI FAQODDOLA DOLALAN BAIDA : Barang siapa yang mencari Tuhan keluar dari dirinya sendiri maka dia akan tersesat semakin jauh.
4.IQRO KITAB BAQO KAFA BINAFSIKA AL YAOMA ALAIKA HASBI : Bacalah kitab yang kekal yang berada di dalam diri kalian sendiri.
5.ALLAHU BATHINUL INSAN, AL INSANU DHOHIRULLAAH : Allah itu bathinnya manusia, manusia adalah dhohirnya (kenyataannya) Allah.
6.AL INSANU SIRI WA ANA SIRUHU : Rahasia kalian adalah rahasia-Ku.
7.DALAM SETIAP RONGGA ANAK ADAM AKU CIPTAKAN SUATU MAHLIGAI YANG DISEBUT DADA, DI DALAM DADA ADA QOLBU, DALAM QOLBU ADA FUAD, DALAM FUAD ADA SYAGOFA, DI DALAM SYAGOFA ADA SIR, DALAM SIR ADA AKU, TEMPAT AKU MENYIMPAN RAHASIA.
8.LAA YARIFALLAAHU GHOIRULLAH : Yang mengenal Allah hanya Allah.
9.AROFTU ROBBI BI ROBBI : Aku mengenal Tuhan melalui Tuhan.
10.MAA AROFNAKA HAQQO MA’RIFATAKA : Aku tidak mengenal Engkau, kecuali sampai sebatas pengetahuan yang Engkau perintahkan.
Jelas sekali dari Hadist tersebut di atas menggambarkan bahwa Untuk Lebih Mengenal Allah maka kita haruslah Mengenal diri kita terlebuh dahulu. Mengenal diri tersebut yaitu dengan jalan kita haruslah menggunakan dua sisi Karunia Allah yaitu Fikiran dan Hati Nurani, kita haruslah mengetahui dan mengkaji awal mula sewaktu kita didalam Rahim Ibu, bahkan sebelum kita ada didalam Rahim Ibu, kita berada di mana, kemudian apa tujuan kita (manusia) diciptakan dan akan kembali kemana kita setelah kita tiada...setelah kita mengenal diri kita lebih dalam barulah kita bisa bersaksi dengan ke Imanan yang teguh "LAILAHAILALLAH MUHAMMADURASULULLAH".
Mengenai cara yang lebih dalam untuk lebih mengenal diri dan mengenal Allah??? Silahkan ke Inbox Thoriqoh Naqsyabandiyah.\
Langganan:
Postingan (Atom)