Selasa, 02 Desember 2014

Tingkatan Nafsu

Tingkatan Nafsu pada diri manusia terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagimana yang termaktub didalam Al-Quran :
Nafsu AMARAH
Nafsu LAWAMAH
Nafsu MULHAIMAH
Nafsu MUTHMAINAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH

“Sesungguh nya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”
( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )

1. NAFSU AMARAH

Nafsu Amarah adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah. Manusia-manusia yang memiliki nafsu Amarah biasanya memiliki sifat-sifat Mazmumah iaitu sifat yang keji. Iaitu sifat-sifat seperti dengki, khianat, iri hati, pemarah. Biasanya mereka yang dikuasai nafsu Amarah bertindak mengikut fikiran tanpa menggunakan akal. Kadang kadang mereka merasa diri merekalah berkuasa dan semuanya adalah hak mereka. Seperti Firman Allah :
“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”
(Surah Yusof – ayat 53)
dan FirmanNya lagi :
“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.”
(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)
Dan sesungguhnya orang-orang yang dibelenggu oleh nafsu Amarah biasanya tidak tahan di uji dan jika di uji dengan satu bentuk ujian atau satu cobaan mereka bertindak mengikut fikiran dibawah hasutan syaitan.
Pada peringkat nafsu ini, manusia tetap dikuasai oleh iblis, jiwa mereka senantiasa tegang, fikiran sentiasa kusut, pegangan hanyut dan hati jarang-jarang sekali mengingati Allah SWT.
Mereka di peringkat nafsu ini akan mengingati Tuhan ketika susah dan melupaiNya ketika senang seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi bila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.”
(Surah Fusilat – ayat 51)
Mereka juga bertindak di dalam sesuatu hal, langsung tidak berpandu kepada syariat Allah swt. tetapi mereka lebih berpandukan fikiran, angan-angan dan tidak pula pernah terbit dihati mereka satu perasaan salah terhadap sesuatu kesalahan yang mereka sendiri lakukan.
Sesungguhnya nafsu Amarah ini adalah nafsu binatang. Malahan ianya lebih hina daripada binatang bagi mereka yang menguasai nafsu Amarah.
Mereka mempunyai hati yang tidk memerhati, mempunyai mata yang tidak melihat, mempunyai pendengaran yang tidak mendengar, malahan boleh disifatkan mereka ini sebagai seekor binatang yang berupa manusia.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Akan di campakkan ke dalam neraka Jahanam daripada golongan-golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, yang mempunyai mata tidak melihat, yang mempunyai pendengaran tidak mendengar, mereka itu adalah seperti binatang, malahan lebih hina daripadanya dan mereka lah termasuk daripada orang-orang yang lalai”
(Surah Al-A’araf – ayat 179)
Perlu juga diingatkan bahawa bagi orang-orang yang dikuasai oleh nafsu Amarah biasanya suka bersifat mencari muka, dengan sesuatu yang diperolehinya dan suka memperolok kelemahan orang lain walaupun rekan karibnya sendiri. Mereka mencela orang lain dan membayangkan dialah orang yang paling baik dan sempurna. Mereka mencari keburukkan orang lain dengan harapan keburukkan orang itu dapat memberi keuntungan kepada diri mereka.
Justru dari itu adalah kewajiban diri manusia tersebut haruslah menyucikan sifat-sifat nafsu Amarah tadi supaya terbitnya sifat-sifat murni dan hilangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia itu seperti firman Allah :-
“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya”
(Surah Asy Syam – ayat 7-10)
Oleh yang demikian maka seseorang itu hendaklah berguru dan berzikir menyucikan diri nya mengikut petunjuk yang diberikan oleh guru mereka di dalam usahanya membersihkan dirinya.
Maka beramal lah mereka dengan petunjuk yang diberi oleh gurunya sehingga akan meningkat ke satu tingkatan nafsu yang seterusnya yang bernama nafsu Lawamah.
Zikir orang-orang Amarah biasanya di lidah tanpa menyerap di dalam hatinya.
Penyakit Nafsu Amarah ini jika dibiarkan akan menular pada jiwa manusia. Sesungguhnya bagi mereka yang dikuasai nafsu Amarah mereka termasuk di dalam golongan manusia yang rugi di sisi Allah SWT.

2. NAFSU LAWAMAH

Pada peringkat nafsu Lawamah manusia pun dapat menguasai satu perasaan semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan kezaliman dan apa saja yang dilarang oleh syariat.
Perasaan ini timbul pada sudut-sudut hatinya pada setiap ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan, maka bisikan di dalam hati mereka inilah dinamakan Lawamah.
Sesungguhnya Lawamah ini boleh diibaratkan seperti lampu isyarat (Alarm) di dalam sebuah kereta di mana lampu ini akan menyala berwarna merah/kuning bila kereta tersebut kehabisan minyak dan mengisyaratkan tuannya supaya mengisi minyak baru sebelum bahaya datang dari hadapan. Bagi mereka yang mempunyai Lawamah (isyarat larangan) dan mereka pula mematuhinya dengan penuh rasa tanggung jawab, maka mereka akan selamat dari bahaya yang datang dari gejala-gejala nafsu Amarah yang masih mengotori di dalam jiwanya.
Sebaliknya jika seseorang itu yang telah meningkat ke martabat nafsu Lawamah tetapi tidak mematuhi isyarat larangan Lawamah, maka lama-kelamaan isyarat tersebut akan padam dan akan kembalilah mereka kepada nafsu Amarahnya.
Mereka pada martabat ini masih dikekang dengan sifat-sifat Mazmumah tetapi ia mulai menurun ke satu tahap. Sifat-sifat seperti, marah, mudah tersinggung, hasad dengki dan lain-lain sifat keji mulai berkurang karena hasil kepatuhannya terhadap isyarat Lawamah yang terbit dari sudut hatinya. Kekusutan fikirannya pun menurun dan mereka mulai merasa segan untuk melakukan sesuatu dari sifat Mazmumah malahan mereka sering menyesali di atas sikap-sikap zalim yang pernah dilakukan oleh mereka dahulu.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri”
(Surah Al-Qiyaamah – Ayat 2)
Maka dengan ketekunan mematuhi isyarat serta kuat pula berzikir maka tingkatan nafsu mereka akan meningkat ke martabat nafsu ketiga yang dinamakan Nafsu Mulhamah.
Pada peringkat nafsu Lawamah seseorang itu telah dapat menerima ilmu Ghaib melalui Laduni pada peringkat NUR atau mimpi di dalam tidurnya dan kadang-kadang pula dapat menerima ilmu Laduni di peringkat tajalli. Oleh demikian maka seseorang itu haruslah pula berusaha dengan tekun dan sabar mengikuti petuah dari gurunya, semoga peningkatan martabat nafsunya akan tecapai.

3. NAFSU MULHAMAH.

Setelah seseorang itu berjaya mengikuti petuah dari gurunya dan menerima teguran isyarat Lawamah dengan patuhnya, maka seseorang itu akan tercapai tahap nafsu yang lebih tinggi dan mulia tingkatan dari nafsu Amarah dan nafsu Lawamah.
Adapun yang dimaksud dengan nafsu tersebut adalah nafsu Mulhmah. Pada peringkat nafsu ini seseorang itu telah dapat menyingkirkan sebahagian besar dari sifat-sifat yang keji. Jiwa mereka pada masa ini telah mulai berkembang denganan sifat tenang, lapang dada dan mereka telah dapat pengajaran ilmu ghaib melalui jalan Laduni, diperingkat Nur dan Tajalli pada Tuhannya. Tetapi manusia diperingkat ini masih, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu masih lagi melanda jiwa mereka.
Zikir mereka di peringkat ini telah pun mulai melekat di hati dan bukan lagi melewa-lewa di lidah sahaja. Walaubagaimanapun tidak lah bermakna yang zikirnya di peringkat ini 100% telah tetap di hati mereka. Di samping itu pada tahap Mulhamah ini, isyarat larangan Lawamah tetap berkembang malah lebih membesar dan sesungguhnya pada peringkat zuk ini mereka telah dapat menerima perasan zuk (mulhamah) dengan zikirnya dan dapat lah sedikit sebanyak menerima nikmat zikir yang diamalkan. Sesungguhnya tugas tersebut haruslah dilakukan bersungguh-sungguh dan lebih bekerja keras untuk meningkat martabat nafsu Mutmainah yang diakui syurga oleh Allah Taala.
Di dalam masa mereka menerima zuk di dalam zikirnya serta dapat pula mereka merasai nikmat zikirnya, maka seseorang itu diperingkat Mulhamah akan menerima satu lagi penyampaian ilmu ghaib melalui Laduni di peringkat Sir iaitu di mana seseorang itu akan dapat mendengar satu suara ghaib yang mengajar dirinya tentang ilmu ghaib melalui telinga batin.
Biasanya suara Ghaib itu adalah suara guru ghaib yang terdiri daripada wali-wali Allah yang yang mengajar seseorang itu dengan terang dan jelas.

4. NAFSU MUTMAINAH

Setelah mencapai suatu martabat Mulhamah dan berjaya pula mengikut petuah gurunya serta dapat pula menerima zuk dan sir di samping hilang pula segala sifat mazmumah pada dirinya. Maka seseorang itu akan mendapat ketenangan, kelapangan jiwanya, hilang sifat-sifat resah gelisah hatinya.
Hatinya ketika itu mulai melekat rasa lamunan asih terhadap Allah swt dan mereka ini adalah dijamin 100% oleh Allah syurga, maka itu lah mereka yang telah berjaya mencapai ke tingkat nafsu Mutmainah.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :-
“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Alah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.”
(Surah Yunus – ayat 62 – 64)
Dan firman Allah Taala lagi :-
“Wahai orang yang bernafsu Mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dengan perasaan lapang dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah dirimu di dalam syurga.”
(Surah Al-Fajr – ayat 27-30)
Zikir mereka pada martabat ini telah melekat dihati dan terus bersama ingatan dengan Allah pada setiap masa dan ketika. Dan pada peringkat ini mereka telah mendapat kalbun iaitu satu cahaya yang bergerak diantara atas dan bawah pada bahagian jantung yang bertindak sebagai dinamo untuk mengalirkan ingatan kasih mesra, cinta rasa dengan Allah swt.
Pada peringkat ini seseorang manusia itu boleh disifatkan telah mencapai martabat wali iaitu dinamakan oleh para ahli Tasauf sebagai Wali Kecil. Disamping telahpun mulai menerima Ilmu Ghaib (Laduni) melalui cara sirusir dan telah berjaya mendapat mata basir.
Pada peringkat nafsu Mutmainah ini juga, mereka telah dapat membedakan dengan pendengaran dan penglihatan mereka melalui telnga batin dan mata basir mereka ke alam barzah (alam kubur). Merea telah boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri, bagaimana nasib suka duka seseorang itu yang telah meninggal dunia dan berada di alam barzah serta diberi peluang juga melawat ke alam lain (alam ghaib).
Pada peringkat ini, timbul lah sifat-sifat super yang tidak boleh dimiliki oleh orang-orang awam seperti keramat, mulut masin, berkata dan sebagainya. Bagi mereka diperingkat ini sering dilamun perasaan pana akibat kuatnya gelora lamunan cinta terhadap Allah swt.

5. NAFSU RADIAH

Setelah mencapai tingkat nafsu Mutmainah dan gigihnya pula melatih dirinya untuk makrifat dengan Allah swt., maka seseorang itu akan ditingkatkan lagi iaitu martabat nafsu Radiah.
Zikir mereka pada martabat ini tetap berada dihatinya dan ucapan zikirnya pula dihatinya semata-mata. Mereka tidak pernah mereka, lalai dari ingatannya kepada Allah swt.
Mereka sering mengalami pana’ akibat kuatnya gelora lamunan cinta dirinya dengan Allah swt. Mulut mereka sering terlatah tentang sesuatu yang bertentangan pada pandangan zahir syaria, hidupnya terus terampungan bersama Allah swt.
Pada tingkatan ini jiwa mereka telah suci, hatinya bersih bening, tingkah laku nya, semuanya mulai mendapat keredaan Allah swt. Adapun pana’ mereka diperinkat nafsu Radiah ini adalah dinamakan pana’ kalbi iaitu hatinya, nuraninya terus dilambung perasaan cinta terhadap Allah swt pada setiap saat di dalam masa hayatnya.
Mereka diperingkat ini sering di jemput oleh para Wali-Wali Allah untuk menjelajahi ke alam-alam ghaib yang lebih jauh keluar daripada pemikiran manusia di samping mereka terus di ajar tentang ilmu ghaib yang lebih tinggi dan teknologi ilmu Allah yang tinggi yang sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh teknologi manusia.
Disamping itu mereka boleh membuat hubungan terus dengan para rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Alah yang dan mereka dapat berbincang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu ghaib dan tentang petua-petua makrifat dengan Allah swt.
hubungan mereka dibuat melalui Nur, Sir dan Sirusir di dalam masa mereka membuat sesuatu perhubungan dengan para rasul-rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Allah ini mereka akan dapat menikmati satu kelazatan yang payah sekali untuk diterangkan disini dan ianya hanya boleh dirasai sendiri oleh mereka yang telah sampai ke tingkatannya.

6. NAFSU MARDIAH.

Bagi mereka yang mencapai martabat nafsu Mardiah, jiwa mereka bakabillah iaitu hatinya, kalbunya dan jasadnya sekali mempunyai perasaan cinta yang amat sangat terhadap Allah swt. Jiwanya tenang, lapang tidak gelisah malahan seluruh jiwa raganya tertumpu kepada Allah semata-mata. Zikir mereka diperingkat ini tetap di dalam kalbun dan tidak pernah pun lalai dan lupa kepada Allah, walaupun sesaat di dalam hidupnya.
Pada peringkat ini mereka telah pun dapat menerima tamu yang terdiri daripada rasul, nabi-nabi, para ariffinbillah, para sidiqqin dan para wali-wali Allah di samping mereka juga dapat menerima ilmu ghaib dan teknologi Allah melalui Laduni di peringkat TAWASSUL.
Disamping itu mereka juga telah berpeluang menjelajahi seluruh alam maya dan alam ghaib yang termasuk syurga, neraka, Arasy dan Kursi Alah swt. Sebagaimana jaminan Allah di dalam firmannya di dalam Al-Quran :-
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar (ke alam lain)”
(Surah Al-Talak – ayat 2)
Di dalam hal pemecahan wajah dirinya, sesorang diperingkat ini telah mendapat wajah di antara 7 wajah ke 8 wajah bergantung kepada badan masing-masing.

7. NAFSU KAMALIAH.

Adapun yang dimaksudkan dengan Kamaliah ini adalah keadaan telah insan kamil kelakuan diri zahir dengan kelakuan diri batin pada kontek dirinya dengan Allah swt. di dalam hidupnya.
Pada tingkatan ini, apa saja kelakuan diantara diri batin dan jasad adalah sama dan tidak bercerai tanggal diantara satu dengan yang lain. Dimana setiap perlakuan yang dilahirkan oleh mereka di tingkat ini direstui dan diredhai oleh Allah Taala secara spontan. Keadaan ini dinamakan Kata Jadi ( Kun Fayakun ). Pendek kata, barang kata barang jadi, mereka ini dikatakan sakit, amat sakit, kalau keramat amat keramat, kalau alim teramat alim dan mereka mempunyai segala kelebihan yang tidak dapat oleh manusia awam.
Sesiapa saja yang tercapainya ke martabat nafsu ini (Kamaliah) mereka boleh berpeluang pula menerima ilmu syahadah iaitu Ilmu Allah yang paling tertinggi yang dapat melalui guru yang dinamakan guru batin.
Bagi mereka yang telah mencapai tingkatan nafsu Kamaliah, mereka hendaklah pula berusaha mengembalikan dirinya ke martabat nafsu orang mukmin iaitu nafsu Mutmainah. Mereka tidak harus tinggal lama di martabat nafsu Kamaliah. Mereka harus menjadikan diri mereka kembali kepada orang awam, bergaul berniaga, berpolitik dan menjadi khalifah di alam maya tetapi jiwa raganya tetap bersama Allah buat selama-lamanya sehingga derajat dirinya tidak diketahui oleh orang ramai dan ini boleh disebut sebagi orang alim tidak alim, orang jahil tidak jahil. Pendek kata sifa manusia yang sempurna dan sederhana dimiliki oleh mereka di tingkatan ini dan mereka mulia di dunia dan akhirat.
Oleh itu wahai teman-teman dan para saudaraku, tuntutlah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang penulis coretkan ini, semoga kita bersama sama selamat di dunia dan akhirat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar